Ahlan Wa Sahlan, Ziarah kami di Kaki Pergunungan Lambak Kluang di alamat No. 319 Jalan Seri Impian 3/9 Taman Seri Impian 86000 Kluang. Cogan kata kami ialah Beriman, Berakhlak & Memimpin. InshaAllah kami berusaha sedaya upaya mendidik anak anda agar menjadi penyejuk hati kedua ibu bapa dan bakal diangkat menjadi pemimpin bertaqwa di masa hadapan. Ameen.
Sunday, 14 June 2015
Peperiksaan pertengahan tahun dan info hari terbuka
Kluang : Peperiksaan bagi pelajar tadika bukan bertujuan untuk membebankan otak mereka dengan suasana yang menyusahkan tetapi matlamat kami ialah supaya kami dapat mengukur sejauh mana prestasi dan kefahaman mereka tentang apa yang diajarkan oleh guru.
Sekiranya murid boleh menjawab dengan baik ini bermakna mereka faham dan ibu bapa tentu seronok, tetapi jika mereka tidak boleh jawab soalan, ini bermakna guru dan ibu bapa terpaksa usaha lebih kuat lagi supaya mereka ini tidak ketinggalan.
Peperiksaan dilaksanakan selama 2 minggu iaitu 1 minggu untuk murid 6 tahun dan 1 minggu untuk 5 tahun. Bagi murid 4 tahun tiada peperiksaan langsung sesuai dengan tahap minda mereka dan kami didik mereka dengan konsep permainan dan keseronokan (Fun and Game).
Peperiksaan dijalankan sebelum cuti sekolah dan keputusan akan diserahkan pada hari terbuka yang akan diadakan sebagimana berikut :
Hari Terbuka
Tarikh : 17 Jun 2015 Rabu
Masa : 8.30 - 11.00 pagi
Tempat : Tadika Tahfiz As Sakinah 715 Jalan 3/14 TSI
Sumbangan sepiring kuih ikhlas dari ibu bapa amat dialu-alukan. Ambillah kesempatan berjumpa guru demi pembangunan pendidikan anak-anak kita. Segala kemuskilan sila hubungi Guru Besar Cikgu Zie 0197878298 Terima kasih.
Labels:
4 tahun,
aktiviti,
alamat,
Foto,
galeri,
guru besar,
kayu ukur,
peperiksaan,
prestasi
Utamakan Keselamatan, Baikpulih pagar yang roboh
Kluang : Pagar yang roboh akibat dari point penyangkut yang berkarat dan besi terkopak. Walaupun pintu pagar ini ringan kerana menggunakan besi ringan berkualiti rendah yang nipis tetapi ia amat bahaya sekiranya pagar ini menghempap murid tadika.
Pada 28 Mei 2015 pihak pentadbir telah memanggil tukang pateri untuk membaik pulih pagar tersebut. (tukang welding yang sudah ada nama belum tentu datang sebab ini kerja ciput). Besi tipis pagar yang dibuat oleh pemaju sudah keropos (rebut) maka sukar untuk dipateri. Jadi terpaksa pula menampal dengan plat besi lain sebelum disambung dengan penyangkut tepi.
Alhamdulillah, kerja siap walaupun agak kurang kemas dengan upah RM150 sahaja. Yang penting pelajar selamat dan kondusif berada di sekolah. Pagar sangat penting dari aspek keselamatan, juga supaya mengelak dari penceroboh. Pastikan berkunci dan ia memudahkan guru menjaga pelajar dari keluar ke jalan besar yang banyak kenderaan lalu-lalang khususnya waktu pagi.
Menjadi kemusykilan juga kerana semua komponen besi pintu pagar, tiang sangga dan pagar hijau sekeliling premis ini mengalami kekaratan yang amat dahsyat, Begitu juga rumah jiran bersebelahan di sekitar jalan 3/14 taman ini. Karatnya semacam besi ini berdekatan dengan pantai air masin... sedangkan kawasan ini bersekatan gunung bukan laut... itu yang memelikkan kami.
Jika dikurniakan rezeki mungkin kami akan berpindah ke premis baru untuk sesi persekolahan tahun depan 2016 agar pelajar dan guru selesa dan selamat. Harap semua pihak doakan kami. Sekiranya ada rumah lot tepi atau sebuah yang boleh kami sewa dengan harga berpatutan boleh hubungi pengurus 0127082260 atau gurubesar 0197878298 Cikgu Zie. Terima kasih.
Gambar pagar sebelum dibaiki.
Friday, 12 June 2015
Aktiviti selepas peperiksaan... Main belon dari buih sabun
Kluang : Aktiviti selepas 2 minggu peperiksaan yang disusun oleh guru nialah bermain belon dari buih sabun. Belon yang terhasil akan menghasilkan bayang pelangi. sungguh menyeronokkan bersekolah di Tadika Tahfiz As Sakinah.
Kami mempelawa ibubapa yang cintakan pendidikan Islam dan Akhlak untuk menghantar anak ke Tadika kami. Berminat?... Sila hubungi/wasap Cikgu Zie 0197878298. Terima kasih. Jzkk
Subscribe to:
Posts (Atom)