Saturday, 26 December 2015

Persiapan sesi persekolahan yang biasanya terlepas pandang

Tinggal beberapa hari lagi sahaja lagi, akan bertemu tahun 2016, sesi persekolahan baru, guru dan ibu bapa sibuk menyiapkan persediaan sebaik mungkin untuk pembelajaran anak-anak tahun depan. Ada beberapa tips penting sebelum kita menghadapi habisnya cuti dan sempena sekolah dibuka semula. Antaranya yang selalu kita terlepas pandang ialah seperti berikut.

1. Persiapan makanan : Sarapan pagi sebelum ke sekolah. jangan mengabaikan perkara ini, ramai kita yang lupa sehingga anak-anak kita kelaparan di sekolah, duit pula tidak bawa, untuk tadika biasanya menyediakan makanan semasa waktu rehat itu boleh dikira selamat.

2. Persiapan pakaian/ uniform : Jika belum membeli unifom yang baru rasanya akan menyebabkan anak kita sangat kecewa nanti kerana kawan-kawan lain pasti akan memakai baju baru bergosok rapi.

3. Persiapan sekolah : Sudahkah mendaftar di sekolah/tadika yang sesuai dengan kehendak kita dengan bajet yang kita mampu. Jangan sampai sibuk bercuti sakan sehingga terlupa persekolahan anak.

4. Persiapan kenderaan : Sudahkan kita berunding dengan perkhidmatan van sekolah. Ia menjadi sangat penting bagi mengambil anak kita di rumah atau taska dan menghantar semula balik ke rumah atau taska dengan memastikan perjalanannya selamat.

5. Persiapan kesihatan ; Cuti sekolah ramai kalangan kita membawa keluarga bercuti, dengan keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu, makan kenduri kahwin di merata-rata tempat, dibimbangai ahli keluarga kita akan penat dan letih sehingga mengganggu kesihatam. Jika sakit segeralah jumpa doktor.

6. Persiapan belanja pendidikan : Kos pendididikan seperti yuran persekolahan dan buku rampaian semakin naik dan mahal, maka elok simpan hasrat berbelanja mewah atau melancong diluar kemampuan, juga elakkan membeli kenderaan baru sekarang. Jika ada tunai tidak perlu pakai kad kredit yang bunganya mencecah 18%.

7. Persiapan tambahan : Alhamdulillah jika kita membuat perancangan, inshAllah ia akan mudah. Tanpa perancangan kita pasti akan kecundang. Kata pakar motivasi "Tanpa perancangan maka kita merancang untuk gagal". Utamakan yang penting dahulu. apabila semua sudah selesai, gaji bulan 2 nanti jika ada lebih maka bolehlah menarik nafas lega. Selamat kembali ke sekolah HB/TTS

PS : Pendaftaran Sesi 2016 dibuka sekarang, ibubapa atau penjaga yang berhajat untuk mendapat pendidikan yang InshaAllah bakal melahirkan anak yang menyejukkan mata kedua orang tua bolehlah datang bertemu guru atau hubungi Guru Besar 0197878298 Cikgu Zie atau wasap 0197260104 Cikgu Seri. Pengangkutan disediakan sila hubungi 0127082260 Hamdan.

Sumbangan dana seperti membeli cat, taman permaianan, kerusi meja Kelas Al Quran, naskah Quran dan lain-lain amat dialu-alukan ke akaun 1511 9141 2787 Maybank Hamdan Basiran.Terima kasih.




No comments:

Post a Comment