Ahlan Wa Sahlan, Ziarah kami di Kaki Pergunungan Lambak Kluang di alamat No. 319 Jalan Seri Impian 3/9 Taman Seri Impian 86000 Kluang. Cogan kata kami ialah Beriman, Berakhlak & Memimpin. InshaAllah kami berusaha sedaya upaya mendidik anak anda agar menjadi penyejuk hati kedua ibu bapa dan bakal diangkat menjadi pemimpin bertaqwa di masa hadapan. Ameen.
Tuesday, 29 December 2015
4 Tanda-tanda perangai buruk anak-anak
Simptom/gejala atau tanda-tanda perangai atau fe'el buruk yang sudah mula meresap dalam diri anak-anak ada 4. Ibu bapa mesti membuat pemeriksaan dan memerhatikan tingkah laku akhlak anak-anak dan jangan sampai terlepas pandang, tetapi ingat, berpada-padalah, jangan sampai terlalu mengongkong dan menyoal siasat anak kita dengan cara garang seperti inspektor sahab dalam wayang hindustan. Tanda-tandanya adalah seperti berikut:
1. Menipu : Jika didapati anak mula menipu atau berbohong dalam perkataan dan perbuatan maka ini suatu yang bahaya. Contoh biasa, janji dengan ibu keluar rumah hendak ke Masjid solat berjamaah, siap pakai pakaian solat dengan songkok sekali tetapi bila azan berkumandang melencong ke Cyber Cafe untuk bermain online games.
2. Mencuri : Mencuri atau mengambil sesuatu barang berharga tanpa kebenaran, kadangkala juga disebut rompak kecil-kecilan seperti memeras ugut budak lain yang lemah (buli dan pau). Juga perhatikan jika wang kertas dalam dompet atau simpanan ibu bapa menyusut. Tandanya ialah tiba-tiba anak ini ada mempunyai banyak wang untuk membeli alat permainan yang mahal dan berbelanja besar membeli jajan/makanan ringan.
3. Menghina : Menghina termasuk juga mengejek, mengutuk, merendah-rendahkan kelemahan dan kekurangan orang lain. Juga asyik menyalahkan orang lain dengan memberi gelaran-gelaran yang buruk. Bahaya lidah boleh menyebabkan pergaduhan dan peperangan besar serta jalan ke neraka. nauzubillah.
4. Menyeleweng : Terpesong atau lari dari landasan aqidah seperti kepercayaan khurafat dan tahyul, tidak ikut sunnah. mengamalkan bidaah, terpengaruh dengan tupudaya barat dan zionis yang mengancam nyawa manusia sejagat, ketagihan arak, dadah dan seumpamanya yang merosakkan akal fikiran, budaya seks bebas dan lucah/porno yang menghapuskan nasab keturunan dan gejala bermegah-megah dengan harta benda dan sanggup merampas harta benda milik orang lain.
Untuk mengatasi dan merawati gejala buruk ini akan disambung pada post yang lain inshaallah.
Ibu bapa perlu semak dan koreksi diri sendiri kerana perangai anak adalah cermin diri kita. Setuju?Wallahuaalam. Terima kasih. HB/TTS
PS : Pendaftaran Sesi 2016 dibuka sekarang, ibubapa atau penjaga yang berhajat untuk mendapat pendidikan yang InshaAllah bakal melahirkan anak yang menyejukkan mata kedua orang tua bolehlah datang bertemu guru atau hubungi Guru Besar 0197878298 Cikgu Zie atau wasap 0197260104 Cikgu Seri. Pengangkutan disediakan sila hubungi 0127082260 Hamdan. Sumbangan dana seperti alatan permaianan gelongsor dan buai, kerusi meja Kelas Al Quran, naskah Quran dan lain-lain amat dialu-alukan ke akaun 1511 9141 2787 Maybank Hamdan Basiran.Terima kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment