Kluang : Pagar yang roboh akibat dari point penyangkut yang berkarat dan besi terkopak. Walaupun pintu pagar ini ringan kerana menggunakan besi ringan berkualiti rendah yang nipis tetapi ia amat bahaya sekiranya pagar ini menghempap murid tadika.
Pada 28 Mei 2015 pihak pentadbir telah memanggil tukang pateri untuk membaik pulih pagar tersebut. (tukang welding yang sudah ada nama belum tentu datang sebab ini kerja ciput). Besi tipis pagar yang dibuat oleh pemaju sudah keropos (rebut) maka sukar untuk dipateri. Jadi terpaksa pula menampal dengan plat besi lain sebelum disambung dengan penyangkut tepi.
Alhamdulillah, kerja siap walaupun agak kurang kemas dengan upah RM150 sahaja. Yang penting pelajar selamat dan kondusif berada di sekolah. Pagar sangat penting dari aspek keselamatan, juga supaya mengelak dari penceroboh. Pastikan berkunci dan ia memudahkan guru menjaga pelajar dari keluar ke jalan besar yang banyak kenderaan lalu-lalang khususnya waktu pagi.
Menjadi kemusykilan juga kerana semua komponen besi pintu pagar, tiang sangga dan pagar hijau sekeliling premis ini mengalami kekaratan yang amat dahsyat, Begitu juga rumah jiran bersebelahan di sekitar jalan 3/14 taman ini. Karatnya semacam besi ini berdekatan dengan pantai air masin... sedangkan kawasan ini bersekatan gunung bukan laut... itu yang memelikkan kami.
Jika dikurniakan rezeki mungkin kami akan berpindah ke premis baru untuk sesi persekolahan tahun depan 2016 agar pelajar dan guru selesa dan selamat. Harap semua pihak doakan kami. Sekiranya ada rumah lot tepi atau sebuah yang boleh kami sewa dengan harga berpatutan boleh hubungi pengurus 0127082260 atau gurubesar 0197878298 Cikgu Zie. Terima kasih.
Gambar pagar sebelum dibaiki.
No comments:
Post a Comment