Saturday, 21 November 2015

Laungan Azan di Konvo TTS

Laungan Azan merdu dan Iqamat semasa majlis Ihtifal TTS 2015 menunjukkan murid yang dilatih dengan betul boleh berjaya. Bagi para bapa semua, digalakkan sangat-sangat membawa anak lelaki bersolat jamaah di masjid atau surau TSI, biasakan anak-anak dengan azan, iqamat, solat jamaah dan wirid selepas solat. Wirid atau zikir sekadar untuk belajar dengan suara yang perlahan agar tidak mengganggu jemaah lain yang belum selesai solat (masbuk).

Alhamdulillah, Majlis Ihtifal atau Anugerah Kecemerlangan atau Konvo 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 November 2015 hari Selasa jam 8.30 malam. Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya, mohon bantuan ibubapa buatlah latihan di rumah semasa cuti sekolah. Usaha tangga kejayaan. Terima kasih. HB/TTS

PS : Pendaftaran Sesi 2016 dibuka sekarang, ibubapa atau penjaga yang berhajat untuk mendapat pendidikan yang InshaAllah bakal melahirkan anak yang menyejukkan mata kedua orang tua bolehlah datang bertemu guru atau hubungi Guru Besar 0197878298 Cikgu Zie atau wasap 0197260104 Cikgu Seri. Terima kasih.











Pencapaian yang memberangsangkan


Walaupun baru satahun jagung, graduan Tadika Takfiz As-Sakinah sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. 2 orang murid sudah terpilih bersekolah di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kluang. Lulusan kami rata-rata boleh menguasai 3M dan menghafal 2 muka surat akhir Al-Quran bermula Surah Al-Asr sehingga An-Nas.

Alhamdulillah, Majlis Ihtifal atau Anugerah Kecemerlangan atau Konvo 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 November 2015 hari Selasa jam 8.30 malam. Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya, mohon bantuan ibubapa buatlah latihan di rumah semasa cuti sekolah. Usaha tangga kejayaan. Terima kasih. HB/TTS

PS : Pendaftaran Sesi 2016 dibuka sekarang, ibubapa atau penjaga yang berhajat untuk mendapat pendidikan yang InshaAllah bakal melahirkan anak yang menyejukkan mata kedua orang tua bolehlah datang bertemu guru atau hubungi Guru Besar 0197878298 Cikgu Zie atau wasap 0197260104 Cikgu Seri. Terima kasih












Sunday, 8 November 2015

Usia meningkat, ilmu menambah, Akhlak terangkat, Sanah Helwah


Biarlah ia jalan seiring, usia anak semakin meningkat, maka sepatutnya bertambah luas juga ilmu dan akhlaknya yang mulia. Kita sebagai ibubapa bagaimana?

Ucapan Sanah Helwah atau Selamat Hari Lahir kepada pelajar yang menginjak usia di alam persekolahan, didoakan semoga sihat wal afiat, ibubapa dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah, cerdik dalam pelajaran, lancar dalam hafalan, bahagia bersama keluarga dan kawan-kawan.

Biasanya majlis ini diadakan pada hari khamis, hadiah dan kek serta jamuan dibuat secara berkelompok. Terima kasih kepada ibubapa yang menaja kek dan makanan, Alhamdulillah. Jazakallah khairan kathira.

PS : Pendaftaran Sesi 2016 dibuka sekarang, ibubapa atau penjaga yang berhajat untuk mendapat pendidikan yang InshaAllah bakal melahirkan anak yang menyejukkan mata kedua orang tua bolehlah datang bertemu guru atau hubungi Guru Besar 0197878298 Cikgu Zie atau wasap 0197260104 Cikgu Seri. Terima kasih








Ujian tamat, masa untuk Konvo


Alhamdulillah, peperiksaan 5 dan 6 tahun sudah selesai. semoga murid tadika dapat menjawabnya dengan baik. Cikgu pun sedang sibuk menanda dan memasukkan markah ke dalam buku rekod prestasi untuk diserahkan kepada ibubapa semasa konvo nanti.

Majlis Ihtifal atau anugerah kecemerlangan atau Konvokesyen akan diadakan sebagaimana berikut

Tarikh : 17 November 2015 Isnin
Masa : 8.30 malam
Tempat : Perkarangan Tadika Tahfiz As Sakinah, No 715 Jalan 3/14 Taman Seri Impian Kluang

Semua ibubapa penjaga dijemput hadir dan memberi sokongan moral kepada anak-anak. Selamat datang. terima kasih

PS : Pendaftaran Sesi 2016 dibuka sekarang, ibubapa atau penjaga yang berhajat untuk mendapat pendidikan yang InshaAllah bakal melahirkan anak yang menyejukkan mata kedua orang tua bolehlah datang bertemu guru atau hubungi Guru Besar 0197878298 Cikgu Zie atau wasap 0197260104 Cikgu Seri. Terima kasih

 Azan merdu
Ikrar kami