Ahlan Wa Sahlan, Ziarah kami di Kaki Pergunungan Lambak Kluang di alamat No. 319 Jalan Seri Impian 3/9 Taman Seri Impian 86000 Kluang. Cogan kata kami ialah Beriman, Berakhlak & Memimpin. InshaAllah kami berusaha sedaya upaya mendidik anak anda agar menjadi penyejuk hati kedua ibu bapa dan bakal diangkat menjadi pemimpin bertaqwa di masa hadapan. Ameen.
Sunday, 23 November 2014
Pendaftaran Tadika sepanjang cuti sekolah bermula 22 -30 November 2014
Kluang : Sepanjang cuti sekolah yang bermula 22 Nov 2014 tempohari, pihak Tadika Tahfiz As Sakinah akan membuka kaunter pedaftaran di premis Tadika di No 715 jalan Seri Impian 3/14 Taman Seri Impian Kluang. (kecuali Jumaat - Sabtu cuti). Cikgu akan membuka kaunter bermula 8.30-10.30 pagi setiap hari bagi memudahkan ibubapa membuat pendaftaran.
Sila bawa salinan surat kelahiran (surat beranak) apabila membuat pendaftaran. Bayaran deposit yuran akan diambil bagi memastikan komitmen ibubapa terhadap pendidikan anak-anak dan jika dapat membuat pembayaran yuran penuh amatlah dialu-alukan oleh pihak kami. Moga Allah memberi kita rezeki yang luas dan perbelanjaan pendidikan anak itu diganti dengan rezeki yang lebih baik. Bayaran awal ini sangat diperlukan bagi memudahkan urusan kami terutama elaun guru bulan November dan Disember 2014 dan persiapan pembelian bahan pelajaran seperti buku dan kelengkapan, pertambahan logistik seperti kerusi dan meja serta anggaran tempahan pakaian uniform dan baju senaman.
Segala kerjasama ibu bapa penjaga murid kami dahulukan dengan ucapan jazakallah khairan kathira. shukran, terima kasih. Thank you, shey shey, kamsia, nandrik venekam,
Sunday, 16 November 2014
Peperiksaan Akhir Tahun 2014 Kayu Ukur Prestasi Murid
Diletakkan kedudukan murid lelaki bersebelahan murid perempuan bertujuan untuk mengelakkan meniru. Usaha Tangga Kejayaan.
Kluang : Untuk mengukur prestasi pelajar, salah satu caranya ialah dengan mengadakan peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan, kita boleh kesan di mana murid yang faham apa yang diajarkan atau sebaliknya.
Untuk bahagian akademik, kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) menjadi asas kepada pembelajaran murid. Kami akan pastikan 3M ini dikuasai oleh semua pelajar.
Bayangkan betapa sukarnya bila menempuh darjah satu apabila anak kita kurang mahir membaca, maka akan tertinggal banyak pelajaran berbanding murid lain yang sudah pandai membaca.
Kita doakan kejayaan anak-anak kita semua. Kepada guru, minta korbankan masa dan tenaga untuk mendidik kalangan murid yang lemah dan ibu bapa juga digalakkan sama-sama berusaha dan berdoa. Moga Allah berkati amal kita.

Saturday, 15 November 2014
Jemputan ke Majlis Ihtifal (Anugerah Kecemerlangan 2014)
Tarikh : 19 Nov 2014 Rabu
Masa : 8.30 - 10.30 Malam
Tempat : Tadika Tahfiz As Sakinah TSI
Pentazkirah : Ustaz Muhammad Haikal Masrom (Pendakwah & Pengamal Perubatan Islam)
Semua ibu bapa penjaga dijemput hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)