Sunday, 16 November 2014

Peperiksaan Akhir Tahun 2014 Kayu Ukur Prestasi Murid

Diletakkan kedudukan murid lelaki bersebelahan murid perempuan bertujuan untuk mengelakkan meniru. Usaha Tangga Kejayaan.
Kluang : Untuk mengukur prestasi pelajar, salah satu caranya ialah dengan mengadakan peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan, kita boleh kesan di mana murid yang faham apa yang diajarkan atau sebaliknya.

Untuk bahagian akademik, kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) menjadi asas kepada pembelajaran murid. Kami akan pastikan 3M ini dikuasai oleh semua pelajar.

Bayangkan betapa sukarnya bila menempuh darjah satu apabila anak kita kurang mahir membaca, maka akan tertinggal banyak pelajaran berbanding murid lain yang sudah pandai membaca.

Kita doakan kejayaan anak-anak kita semua. Kepada guru, minta korbankan masa dan tenaga untuk mendidik kalangan murid yang lemah dan ibu bapa juga digalakkan sama-sama berusaha dan berdoa. Moga Allah berkati amal kita.


No comments:

Post a Comment